Melalui pengamatan penulis, segala apa yang kita pelajari mengenai istilah dalam memahami akidah sebenarnya saling berkait antara satu sama lain. Maka benarlah kata Allah yang telah berfirman;
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-sia. Dan yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan mereka. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di
dalamnya.” (Al-Mu’minun: 111)
Jika kita lihat dan teliti ayat tersebut, segala perbuatan dan amalan di sebutkan secara berkait dan berturutan. Mungkin bukanlah semua perkara suruhan dan larangan di senaraikan dalam ayat di atas, namun cukup untuk kita berfikir bahawa amalan yang di sebutkan itu adalah perkara asas yang saling berkait dalam kehidupan dan akal kita sebagai manusia dalam menempuh kehidupan yang sementara ini. Penulis bukan hendak mengatakan akal melebihi Al-Quran, tidak sama sekali. Tetapi, penulis mengatakan bahawa akal manusia yang bertindak positif adalah selaras dengan panduan Al-Quran yang diturunkan, dan itu adalah benar.
Jika anda setuju dengan pendapat penulis, maka bersedialah untuk menerima pendapat penulis mengenai formula dan kata kunci yang akan penulis rencanakan ini. Sebelum ini, anda sudah membaca pendapat penulis yang menyatakan kata kunci bagi akidah ialah ‘pegangan’. Bagaimana pula dengan iman, takwa, islam dan akhlak? Setakat ini, penulis hanya akan menerangkan 5 perkara sahaja yang saling berkait rapat ini dalam menentukan kehidupan kita yang di redhai Allah.
Berikut ialah kata kuncinya;
Akidah = ‘pegangan’
Iman = ‘membenarkan/menyakinkan’
Takwa = ‘takut/patuh’
Islam = ‘jalan/haluan/cara’
Akhlak = ‘perilaku/amalan’
Penjelasannya, apakah seseorang manusia boleh hidup tanpa pegangan? Tidak bukan? Manusia memerlukan pegangan untuk bergantung hidup dalam menguruskan kehidupan. Tetapi persoalannya, apakah yang manusia perlu pegang? Apakah ‘haluan’ yang hendak dipegang itu? Haluan yang lurus? Haluan yang salah dan sesat? Islam ataupun Yahudi? Nasrani atau sembahan berhala? Jawapannya semestinya Islam, sebagai jalan yang perlu di pilih. Namun, adakah manusia yang memilih jalan Islam itu hanya sekadar memilih, tanpa ‘membenarkan dan meyakinkan’ jalan yang dipegang itu? Semestinya tidak. Jalan yang dipegang itu mestilah ‘di benarkan’ dengan iman, dan lebih cantik jika di laputi dengan ‘sifat takut’ iaitu takwa.
Natijahnya, perlunya ‘kegentaran’ dalam menghadapi perjalanan, akan membuatkan manusia lebih bersedia dan waspada dengan ujian, dan yang lebih penting, akan membuatkan manusia menjadi ‘patuh’ kepada suruhan dan larangan. Apabila manusia mempunyai sifat ‘yakin dan gentar’ pada satu masa yang sama, ianya boleh menguatkan pegangan manusia itu. Kerana itu wujudnya Rukun Iman sebagai elemen untuk membenarkan, meyakini dan mematuhi ajaran Islam. Pada pandangan penulis, dalam iman itu perlu ada takwa, dan dalam takwa perlu ada iman. Setelah ada pegangan, jalan, benar dan patuh, apakah manusia akan tetap melalui jalan yang dipegang itu tanpa persediaan? Tidak sekali. Susahlah manusia nanti di pertengahan jalan jika menghadapi ujian dan cabaran, bukan? Maka di situlah manusia perlukan ‘amalan’ sebagai bekalan dalam perjalanan tersebut.
Amalan itu ialah akhlak manusia di muka bumi ini, yang membezakan masuknya manusia antara syurga dan neraka. Maka, di situlah perlunya elemen asas iaitu Rukun Islam sebagai amalan wajib untuk manusia ‘amalkan’ dalam perjalanan kehidupan ini. Kata pujangga, ‘kehidupan merupakan satu perjalanan’. Benarlah ayat itu.
Bagaimana? Dapatkah anda lihat ianya mudah dan saling berkait? Penulis berpendapat, jika manusia tidak menitikberatkan perkara asas yang di sebutkan, manusia itu adalah manusia yang di label sebagai terseleweng akidahnya. Ini juga akan penulis rencanakan dalam entri seterusnya mengenai hubungan istimewa antara akidah dan akhlak, atau pegangan dan amalan sebagai kaedah untuk anda lebih memahami penyelewengan akidah itu sebagaimana rupa puncanya.
Sekian.
Jumaat, 16 Julai 2010
Jumaat, 9 Julai 2010
Penyembah Berhala
Petikan dari penulisan Lothdrop Stoddard ;
"Agama Islam hancur seperti hancurnya agama-agama lain. Keesaan Allah di dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh si jahil yang sibuk dengan tangkal azimat, jampi serapah dan tasbih. Mereka lebih memberi perhatian kepada Faqih dan Tok Lebai yang sesat. Mereka menunaikan haji di kubur-kubur 'orang wali' yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Al-Quran tidak dihiraukan sehingga Mekkah dan Madinah menjadi tempat di asingkan. Boleh dikatakan hidup mereka sudah lari dari ajaran Islam. Jikalaulah Nabi Muhammad balik ke dunia, sudah tentulah baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala".

Jumaat, 2 Julai 2010
Ke Arah Jalan Allah
Lakukanlah setiap pekerjaan dan niat yang baik itu kerana Allah.
Lakukan kerana Fisabilillah.
Jika melakukan sesuatu pekerjaan dan niat itu dengan tercetus WAS-WAS. Berhentikanlah melakukan pekerjaan itu takut kelak akan ada keburukkan berlaku.
Jadilah seorang yang sentiasa mahu melakukan kebaikkan. Apabila mendapat sesuatu pekerjaan mendatangkan kejahatan. Tinggalkan. Kerana jika kita melakukan perkara kejahatan dengan niat ke jalan Allah, kelak Allah akan mengadili dengan melaknat kita kerana mempermain-mainkan janji-Nya.
Baik penyokong kerajaan ataupun pembangkang. Fikirkanlah, adakah anda melakukan perkerjaan yang baik atas jalan Allah?
Menghina, membongkarkan keaiban, menuduh tanpa usul periksa, memfitnah, mencaci, mengutuk dan mengumpat. Itukah pekerjaan yang diredhai oleh Allah Maha Pencipta?
Masyallah. Bersangka baiklah antara kita mudah-mudahan urusan kita di dunia dan di akhirat bakal dipermudahkan oleh Allah Maha Pengampun.

Jumaat, 25 Jun 2010
Kepercayaan Islam Yang Terhakis
Mulut memang boleh berkata ;
'I lOVE ISLAM'
'SAYA TETAP MEMPERTAHANKAN ISLAM'
'SAYA RELA SYAHID DEMI ISLAM'
'ZIONIS DAN AMERIKA CELAKA'
Cakaplah sepuas mana pun. Yakinkanlah sebanyak orang mana pun.
Tapi bila di ajak berbakti pada Islam seperti gotong-royong kubur dan masjid, ajak keluar 3 hari berdakwah, ajak berjemaah waktu maghrib ataupun ajak qiyamulaill di masjid.
Jawapan yang di beri ;
'Errrr.....'
'Insyallah...' (dalam hati kata takpe, taknak)
'Takpe, pergilah dulu, nanti saya menyusul...' (padahal nak tengok Piala Dunia)
Hilang-kah kepercayaan kita pada Islam?
atau
Sudah tiada lagi orang yang hendak mengajak ke jalan kebaikkan?

Jumaat, 18 Jun 2010
Kemana Islam?
Aku percaya bahawa sudah semakin ramai golongan umat Islam bom-jangka dalam Malaysia kini. Golongan bom-jangka ini adalah golongan yang mempunyai pandangan tidak mahu mencampurkan politik dalam pandangan mereka. Golongan ini adalah golongan yang tak taksub pada parti. Baik UMNO, PAS mahupun PKR.
Cuma golongan ini masalahnya, walaupun bom-jangka, tetapi masih tidur di buai mimpi kerana masih di jaga dengan rapi oleh kerajaan iaini kerajaan BN. Walaubagaimanapun, kehadiran PAS yang masuk dengan pendekatan ekstremis sedikit sebanyak mencuit bom-jangka yang sedang tidur ini. Masih mamai. Belum bangun lagi sepenuhnya.
Golongan ini agak kelakar untuk di perjelaskan. Mereka menyokong pembangunan Islamiyah kerajaan BN. Cuma tak setuju dengan sistem Kerajaan BN. Mereka menyokong 'balance' yang di hidangkan PAS tetapi tidak menyokong ekstremis dan konsevertif di bawakan oleh PAS.
Persoalannya, kenapa Kerajaan BN mahu terus menidurkan golongan ini?
Dan tambah lagi persoalan, kenapa PAS takut dengan golongan ini?
Adakah sebenarnya UMNO dan PAS hanya boneka yang di kawal dari bayangan belakang?

Jumaat, 11 Jun 2010
Pilihan
- Kekal seperti sekarang?
- Bertukar kepada Republik?
- Bertukar kepada Monarki?
Atau. Semua orang Islam bergabung, bersatu membentuk pakatan Islam yang baru. Bertukar kepada sistem Khalifah?
Yang mana satu pilihan anda?
Jumaat, 4 Jun 2010
Tentera Islam
- Nak menang lawan Israel? Cukupkan solat 5 waktu, cukupkan rukun Islam, kuatkan dalaman diri dengan rukun Iman. Latih tubuh badan agar menjadi kuat. Masuk tentera dan pelajari asas ketenteraan untuk menggunakan senjata seperti pistol, rifle, bom, kereta kebal dan sebagainya. Jangan lupa belajar guna pedang dan keris.
- Nak memang lawan Israel? Belajar lah silat supaya dapat mempertahankan diri dan boleh menyerang musuh yang berisiko. Berguna masa perang nanti
- Nak menang lawan Israel? Wujudkan satu agensi atau organisasi merekrut orang muda seluruh dunia beragama Islam menjadi Tentera Islam. Dengan kata lain, wujudkan satu pakatan tentera Islam seperti yang tentera Kristian lakukan iaitu NATO.
- Nak menang lawan Israel? Serang Israel, bebaskan Jerusalem dari tangan Zionis. Mulakan Perang Dunia Ketiga.
- Tak Nak Menang lawan Israel? Teruskan mengutuk, mengeji, mengumpat. Teruskan juga berdemonstrasi, tunjuk perasaan, bakar-pijak bendera, berdoa beramai-ramai lepas solat Jumaat sampai langit runtuh.
- Tak Nak Menang lawan Israel? Belilah Mcvalue Lunch yang murah, on laptop berperisian Intel 24jam. Layan Youtube dan Facebook sampai mata bengkak dan tak lupa juga terus menyokong Anwar Ibrahim.
- Tak Nak Menang lawan Israel? Teruskan mengundi dan tegakkan demokrasi di pilihanraya 13 nanti.
- Tak Nak Menang lawan Israel? UMNO dan PAS kubur masing-masing.
Langgan:
Catatan (Atom)