Jumaat, 2 Julai 2010

Ke Arah Jalan Allah

Lakukanlah setiap pekerjaan dan niat yang baik itu kerana Allah.

Lakukan kerana Fisabilillah.

Jika melakukan sesuatu pekerjaan dan niat itu dengan tercetus WAS-WAS. Berhentikanlah melakukan pekerjaan itu takut kelak akan ada keburukkan berlaku.

Jadilah seorang yang sentiasa mahu melakukan kebaikkan. Apabila mendapat sesuatu pekerjaan mendatangkan kejahatan. Tinggalkan. Kerana jika kita melakukan perkara kejahatan dengan niat ke jalan Allah, kelak Allah akan mengadili dengan melaknat kita kerana mempermain-mainkan janji-Nya.

Baik penyokong kerajaan ataupun pembangkang. Fikirkanlah, adakah anda melakukan perkerjaan yang baik atas jalan Allah?

Menghina, membongkarkan keaiban, menuduh tanpa usul periksa, memfitnah, mencaci, mengutuk dan mengumpat. Itukah pekerjaan yang diredhai oleh Allah Maha Pencipta?

Masyallah. Bersangka baiklah antara kita mudah-mudahan urusan kita di dunia dan di akhirat bakal dipermudahkan oleh Allah Maha Pengampun.