Jumaat, 9 Julai 2010

Penyembah Berhala

Petikan dari penulisan Lothdrop Stoddard ;

"Agama Islam hancur seperti hancurnya agama-agama lain. Keesaan Allah di dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh si jahil yang sibuk dengan tangkal azimat, jampi serapah dan tasbih. Mereka lebih memberi perhatian kepada Faqih dan Tok Lebai yang sesat. Mereka menunaikan haji di kubur-kubur 'orang wali' yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Al-Quran tidak dihiraukan sehingga Mekkah dan Madinah menjadi tempat di asingkan. Boleh dikatakan hidup mereka sudah lari dari ajaran Islam. Jikalaulah Nabi Muhammad balik ke dunia, sudah tentulah baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala".

Tiada ulasan: