Aku percaya bahawa sudah semakin ramai golongan umat Islam bom-jangka dalam Malaysia kini. Golongan bom-jangka ini adalah golongan yang mempunyai pandangan tidak mahu mencampurkan politik dalam pandangan mereka. Golongan ini adalah golongan yang tak taksub pada parti. Baik UMNO, PAS mahupun PKR.
Cuma golongan ini masalahnya, walaupun bom-jangka, tetapi masih tidur di buai mimpi kerana masih di jaga dengan rapi oleh kerajaan iaini kerajaan BN. Walaubagaimanapun, kehadiran PAS yang masuk dengan pendekatan ekstremis sedikit sebanyak mencuit bom-jangka yang sedang tidur ini. Masih mamai. Belum bangun lagi sepenuhnya.
Golongan ini agak kelakar untuk di perjelaskan. Mereka menyokong pembangunan Islamiyah kerajaan BN. Cuma tak setuju dengan sistem Kerajaan BN. Mereka menyokong 'balance' yang di hidangkan PAS tetapi tidak menyokong ekstremis dan konsevertif di bawakan oleh PAS.
Persoalannya, kenapa Kerajaan BN mahu terus menidurkan golongan ini?
Dan tambah lagi persoalan, kenapa PAS takut dengan golongan ini?
Adakah sebenarnya UMNO dan PAS hanya boneka yang di kawal dari bayangan belakang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan