Jumaat, 13 Ogos 2010

Kuasa Rakyat?

Kuasa rakyat yang mendukung demokrasi. Adakah ia sekuat kuasa Allah Yang Maha Agung?

Adakah rakyat punyai kuasa mutlak? Percaya sangat kah kita bahawa rakyat yakni manusia punyai kuasa? Kuasa yang hebat setanding kuasa Tuhan?

Demokrasi hanyalah sampah. Kuasa rakyat hanyalah materialistik dunia. Perancangan halus syaitan yang direjam menyesatkan manusia. Syaitan tidak mahu manusia sujud kepada Allah, mereka mahu manusia sujud kepada kebendaan dan ciptaan manusia sendiri.

Hancurkanlah demokrasi mulai saat ini. Lancarkan perang kita terhadap demokrasi. Bangunkan semula, kembalikan semula kuasa Allah Yang Maha Hebat ke dalam diri dan kehidupan kita.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Permusuhan

“Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala”. (H/R Bukhari. No. 3644. Muslim No. 1064. Lihat: Sahih al-Jami’ No. 2227. Nasruddin al-Albani.)

Cukup-cukuplah bermusuh. Sampai bila nak bermusuh sesama agama kita? Lagi-lagi sesama bangsa kita. Azab Tuhan tu pedih. Ingat lah sampai bila-bila. Azab Tuhan itu pedih sekali. Pedih. Bila dah hadapi kematian nanti, baru lah tahu macam mana.