- Kerajaan Persekutuan membenarkan pertaruhan dan judi sempena Piala Dunia. *(akhirnya sudah di tarik balik, alhamdulillah)
- Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan lesen penjualan arak.
- Seluruh kerajaan negeri tidak menyekat kedai perjudian berlesen.
- Relatifnya, masalah membenarkan dan tidak menyekat bukanlah pokok persoalan.
- Tetapi, kemanakah integriti soal 'HALAL dan HARAM' serta 'NILAI MORAL' kini?
- Hanya kerana permintaan dari segolongan yang sukakan judi dan arak, maka hal ehwal undang-undang Islam dan moralisme manusia telah di ketepikan.
- Arak dan judi tetap HARAM. Jadi, di manakah ketelusan pemimpin Islam masa kini dalam mempertahankan undang-undang Tuhan?
- Serta, arak dan judi MELANGGAR MORAL. Di manakah pula ketelusan pemimpin bukan Islam masa kini dalam menjaga moral manusia?
- Sudah tahu judi dan arak tidak bagus. Masih lagi bertaruh dan minum sampai mabuk.
- Pemimpin masa kini hanya sukakan kuasa sebagai bahan penyedap.
- Baik yang kerajaan mahupun pembangkang. Kedua-duanya boleh melingkup, menjahanamkan agama dan bangsa masing-masing.
- Kita perlukan revolusi. Kita perlu tukar sistem dunia yang sialan ini.