Jumaat, 22 April 2011

Masuk Neraka

Cara-cara nak masuk neraka.

Sembah Amerika. Sembah materialistik. Sembah berhala. Sembah politik.

Cara-cara nak masuk syurga.

Sembah Allah Yang Maha Esa.

Cara-cara nak masuk syurga tapi kena masuk neraka dulu.

.....errr.....

Ada orang memang niat nak masuk neraka dulu ke?


Gila!

Jumaat, 4 Februari 2011

Dua Kali Lima

Yang sebelah pihak, menjadikan PERKASA sebagai suara mengkritik pihak di sebelah sana.

Yang sebelah pihak sana, menjadikan HIZBUT-TAHIR sebagai suara mengutuk pihak di sebelah sini.

Elok lah tu.

Berpecah sampai kiamat. Dua-dua puak Islam bertelingkah. Dua-dua nanti bakal di tanya di akhirat. Dua-dua dah reserve online ticket ke neraka.

Berpecahlah kalian.

Berpecahlah sampai puas.

Biarkan saja generasi akan datang ini berbunuhan sesama sendiri pula.

Jumaat, 28 Januari 2011

Tersedar?

Kebangkitan di Tunisia dan ketidakpuashatian di Mesir hanya akan ditamatkan jika ;

Seluruh penganut Islam di sana mula bersolat subuh sehingga melimpah-limpah tiada tempat.

Permulaan untuk reformasi Islam di Malaysia akan bermula jika ;

Kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang di tumbangkan dalam satu revolusi Islam bagi memecahkan sistem syaitan yang di pelopori dari kedua-dua pihak ini.

Persoalannya, sudah sedarkah kita dengan keadaan sebegini? Oh, masih leka berpolitik lagi dan lagi.

Tidak mengapalah, bukankah kalian seronok melakukan perkara lagha dan dosa? Silakan semua, marilah kita meneguk air panas menggelegak di neraka nanti. Tentu sedap jika ada gula dan uncang kopi.

Kopi neraka.

Wassalam.

Jumaat, 10 Disember 2010

Tiadakah Cabaran Lagi Dalam Kebaikkan?

Ingin aku mencabar kamu-kamu sekarang.

Kalau kamu anak jantan, lelaki sejati. Khatamkan Al-Quran 30juzuk itu dalam masa seminggu.

Berani kamu buat?




Kamu kata kamu boleh, tapi kamu tak buat pun. Yang kamu sibuk ialah dengan perkara dunia dan lagha.

Teruskan lah membuat maksiat itu kerana aku tahu kamu tidak takutkan neraka Jahanam.

Teruskan lah menipu, berpolitik menjahanamkan agama kamu sendiri kerana aku tahu kamu memang tak merasa malaikat di kiri kanan mu sedang mencatit perlakuan buruk mu.

Lelaki Islam zaman sekarang semuanya pengecut. Bacul dan takut dengan cabaran ke arah jalan yang benar. Mengecewakan.

Sabtu, 13 November 2010

Bangkitlah

Bangkitlah dari kejahilan.

Bangkitlah dari kesesatan.

Bangkitlah dari kemurkaan Tuhan.

Bangkitlah umat Islam ku dari cengkaman syaitan.

Bangkitlah dari subuh yang lena.

Sampai bila nak berbaring dengan keseronokkan dunia?

Sampai bila?

Sabtu, 11 September 2010

Kemenangan Kecil

Selamat Hari Raya.

Moga dengan kemenangan hari raya, berkekalan sampai bila-bila.

Tahun depan kita akan merayakan hari raya dan hari merdeka Malaysia serentak.

Apakah maksud kemenangan itu?

Ia adalah kemanisan iman.

Jumaat, 3 September 2010

Perang

Bukannya Kristian atau Zionis yang menghancurkan Islam kini, tapi umat Islam sendiri yang sedang menghancurkan agama Islamnya sendiri.

Perang ke atas diri sendiri. Di bulan Ramadhan. Bersama kita berhijrah ke arah kebaikkan.

Yang penting,

Janganlah ada antara kita bongkak dengan iman yang ada dalam diri sampai merendah-rendahkan iman orang lain. Dan itu adalah penyakit ke neraka.